Label: politik
TELUK KEMANG – Ahli Parlimen Wanita PAS bagi Rantau Panjang, Siti Zailah Daud mengajak para pengundi dalam DUN Bagan Pinang membuat perubahan dengan memilih calon PAS, Zulkefli Mohd Omar.
Beliau berkata orang-orang Kelntan telah membuat perubahan sejak 20 tahun yang lalu dan menempa kejayaan demi kejayaan duduk dibawah kerajaan PAS Kelantan.
”Saya minta pengundi-pengundi kita disini, jangan takut buat perubahan, kami di Kelantan sudah 20 tahun menolak UMNO dan Barisan Nasional,
”dan kita buktikan satu kejayaan demi satu kejayaan, dan kita tidak kebuluran kerana berpegang dengan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah di UPU Teluk Kemang dekat sini.
Menurutnya memilih wakil rakyat DUN Bagan Pinang yang baik amat penting kerana ia akan mentadbir lebih 13,000 pengundi di DUN Bagan Pinang sebagaimana kita memilih seorang yang baik untuk mengimamkan solat.
”Kalau kita nak pilih imam di masjid, imam di madrasah untuk kita ikut dibelakangnya semasa solat selama lima minit, kita pilih imam dikalangan orang yang baik akhlaknya, orang yang taqwa,
”sedangkan orang yang nak kita tabalkan menjadi yang berhormat bagi DUN Bagan Pinang ini, bukan lima minit kita nak ikut dibelakangnya,”jelasnya.
Katanya, sanggupkah kita menjadi makmum kepada imam yang rasuah ? Sudah tentu kita tidak sanggup menjadi makmum (pengikut) kepada pmimpin yang tidak amanah!
SUMBER di sini.
Comments (0)
Catat Ulasan