Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

DR HALILI CALON PKR HULU SELANGOR?

Label:

PKR cabang Hulu Selangor akan mencadangkan tiga nama sebagai calon parti itu bagi menghadapi BN dalam pilihan raya kecil di parlimen tersebut tidak lama lagi. Dua daripadanya, naib ketua cabang Razali Mokhtar dan bendaharinya Datuk Dr Halili Rahmat. Seorang lagi calon masih belum ditentukan.

Seorang pemimpin kanan cabang tersebut memberitahu Malaysiakini, nama-nama tersebut dijangka akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR tidak lama lagi. “Kedua-duanya (Razali dan Dr Halili) sama-sama kuat, terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya,” kata sumber tersebut. Razali merupakan seorang jurutera, berumur sekitar 40-an dan merupakan anak tempatan kelahiran Batang Kali.

Manakala Dr Halili pula merupakan seorang pakar bedah saraf dan dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya. Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.

SUMBER: M'kini

Comments (0)

DR HALILI CALON PKR HULU SELANGOR?
Isnin, Mac 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Mac 29, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.