KOTA BHARU 30 MAC: Datuk Nik Aziz Nik Mat mendahului senarai 639 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, darjah, bintang dan pingat daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Menteri Besar Kelantan itu menerima Anugerah Gelaran Kebesaran Datuk Bentara Setia membawa gelaran Datuk, bersama tiga individu lain. Seramai 70 pula menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK), juga membawa gelaran Datuk, antaranya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.
Pelbagai darjah kebesaran lain turut dikurniakan dalam majlis yang dijadual bermula esok di Istana Balai Besar.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengurniaan itu tidak ada kaitan dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan seperti kelaziman.
Katanya, Pemangku Raja Kelantan pada bila-bila masa berhak mengurniakan darjah kebesaran ini yang kebetulan berlangsung esok.
SUMBER: tvs
Comments (0)
Catat Ulasan