Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

TG Nik Aziz "Bersimpati" dengan Ulama yang Masih Terliur Menyertai Umno....

Label:

Masih ada lagi ulama muda yang terliur untuk menyertai umno.... Adakah mereka ni menyertai umno untuk berdakwah menegakkan syiar Islam atau sekadar menjadi pak turut?

[SINARHARIAN] KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam nada sinis, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran.

“Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati,” katanya dipetik dalam blognya www.blogtokguru.com.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai merujuk tindakan 40 ulama muda, terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelulusan akademik, menyertai UMNO dan menyerah borang permohonan keahlian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Nik Aziz turut mengulas isu lesen judi yang menjadi polemik kepada negara sebelum Najib umumkan ia tidah diluluskan dalam sidang medianya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Kekayaan yang diperoleh negara tidak setimpal sekiranya kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat teruk serta tidak mendapat keberkatan.

“Di Kelantan kami percaya keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan,” kata Nik Aziz.

Sebelum Najib mengumumkan ia tidak diluluskan, beberapa pemimpin Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar kerajaan memberi lesen judi bagi mengawal kegiatan perjudian, selain untuk memberi hak kepada orang bukan Islam.

-

Comment (1)

Nik Abdul Aziz berkata, lesen penjualan arak itu diluluskan kepada mereka yang bukan beragama Islam tetapi Kerajaan Negeri tidak meluluskan lesen perjudian.

Beliau bagaimanapun: tidak pasti berapa jumlah lesen yang sudah dikeluarkan.

“Memang lesen arak dikeluarkan, tetapi kami tidak mengeluarkan lesen judi, penjualan arak dibenarkan kepada bukan Islam jadi kita nak sekat macam mana. Dia nak minum. Minumlah. Kalau mabuk dia punya fasal. Tetapi kita tak sekat arak kepada orang Islam.

“Mengenai 40 lesen itu saya tidak pasti, tetapi kita memang beri lesen untuk menjual arak. Saya beri kebenaran kepada bukan Islam nak minum, minumlah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan majlis mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ketika perbahasan di Dewan Rakyat mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) baru-baru ini mendakwa kerajaan negeri Kelantan meluluskan 40 lesen penjualan minuman keras di negeri ini.

“Kerajaan hanya mengurus atur lesen premis penjualan minuman arak kepada bukan Islam, tetapi tetap tidak membenarkan orang Islam minum minuman keras itu.

"Kita juga tetap tidak mengeluarkan lesen untuk premis perjudian, kerana judi diharamkan oleh semua agama,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti pembangkang mahu Kerajaan Negeri membuktikan tidak mengeluarkan lesen judi dan arak di negeri itu.

This entry was posted on Selasa, Jun 29, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 1 Julai 2010 pada 5:55 PTG , joecharlie berkata...