Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Pengusaha Restoran Tawar Gadis sebagai "Pencuci Mulut"

Label:

(Gambar Hiasan)

KUALA LUMPUR: Nikmat dua dalam satu, apabila pengunjung sebuah restoran di Bukit Bintang, di sini bukan saja disajikan dengan pelbagai juadah menarik untuk menjamu selera, malah turut ditawarkan khidmat urutan batin oleh gadis warga asing sebagai ‘pencuci mulut’.

Kegiatan restoran berkenaan terbongkar selepas serbuan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat kuasa Imigresen Putrajaya ke atas sebuah premis dua tingkat di sini, tengah malam kelmarin.

Ketika operasi dijalankan beberapa pelanggan termasuk warga Afrika dikatakan sedang menikmati urutan batin tanpa menyedari kehadiran penguat kuasa yang membuat pemeriksaan.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, seramai 18 wanita warga asing kebanyakan dari Indonesia dan Filipina berusia 20 hingga 30 tahun, ditahan atas kesalahan menyalahgunakan dokumen perjalanan dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, siasatan mendapati tingkat atas premis berkenaan dijadikan restoran terbuka yang menyediakan juadah makanan ala barat manakala tingkat bawah dijadikan pusat urut.

Katanya, operasi dibuat berikutan aduan orang ramai mengenai kegiatan tidak bermoral yang dijalankan di premis berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Risikan mendapati selain khidmat urutan biasa, premis berkenaan turut menyediakan khidmat urutan batin selain urutan badan ke badan” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal ke atas dokumen dan resit pelanggan di premis itu, terdapat jumlah bayaran ‘luar biasa’ dipercayai untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Kami dapati ada pelanggan membayar jumlah yang tinggi jika dibandingkan dengan kadar biasa seperti yang tertera pada papan iklan premis, kita percaya bayaran berkenaan adalah upah untuk melakukan perkhidmatan tambahan” katanya.

Turut ditahan sembilan lelaki warga Myanmar dan Bangladesh yang turut didapati menyalahgunakan dokumen perjalanan.

Nik Shahanizam berkata semua suspek ditahan mengikut Peraturan 39 (B) Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

-metro

Comments (0)

Pengusaha Restoran Tawar Gadis sebagai "Pencuci Mulut"
Jumaat, Julai 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Jumaat, Julai 02, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.