Seorang wanita seksi berambut merah dan empat pasangan suami isteri merupakan antara 10 suspek yang ditangkap Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kerana menjadi pengintip Rusia di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka didakwa di sebuah mahkamah AS kelmarin kerana merancang komplot pengintipan gaya era Perang Dingin terhadap AS.
Perang Dingin merujuk kepada ketegangan politik dan ketenteraan selain perang risikan antara negara bekas Kesatuan Soviet (USSR) dan Barat terutamanya AS selepas Perang Dunia Kedua dan berakhir dengan kejatuhan empayar komunis itu pada tahun 1990-an.
Wanita berkenaan, Anna Chapman, dipercayai seorang janda berusia 28 tahun dan lulusan ijazah sarjana ekonomi selain memiliki perniagaan hartanah secara dalam talian.
Anna, ditangkap di Manhattan beroperasi dengan menggunakan nama sebenar. Anna kini ditahan tanpa ikat jamin selepas pihak pendakwa raya AS menggelarnya sebagai seorang ejen terlatih dan penipu yang licik.
Dia dipercayai menggunakan hubungannya dengan golongan berprofil tinggi untuk menghantar rahsia negara AS kepada seorang pegawai pemerintah Rusia pada setiap Rabu, bermula sejak Januari lalu.
Anna dan sembilan lagi suspek didakwa menggunakan dakwat pen yang boleh hilang, radio frekuensi pendek, stenografi dan gelombang WiFi untuk menghantar mesej berkod ke Rusia, termasuk maklumat tentang senjata nuklear.
Beberapa suspek berkenaan dipercayai telah beroperasi di AS sejak lebih sedekad lalu.
Pada Sabtu lepas, seorang ejen FBI yang menyamar sebagai seorang ejen perisik Rusia bertemu dengan Anna di sebuah restoran di New York.
Menurut dokumen mahkamah, ejen FBI berkenaan kemudian berpura-pura mahu menghantar wanita jelita itu dalam misi untuk menyerahkan sebuah pasport palsu kepada seorang ejen wanita lain. Baca selanjutnya di sini.

Ni Kalau datang Malaysia, jadi macam altantunya ni.