Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Kemenangan Peneroka Kemahang Saman Felda: Pencetus Semangat Buat Peneroka Teraniaya Saman Felda

Label:

SHAH ALAM 27 Ogos - Keputusan mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan supaya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan memberi tamparan hebat kepada agensi itu dan kemenangan moral yang besar kepada peneroka Felda di seluruh negara.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata keputusan itu juga jelas membuktikan Felda menipu dan menganiayai hak peneroka.

"Tindakan Felda yang tidak menghormati hak peneroka berhubung harga Kadar Perahan Gred(KPG) sudah lama berlaku di kebanyakan rancangan Felda di seluruh negara. Banyak rancangan Felda yang menanam kelapa Sawit meletakkan KPG jauh lebih rendah daripada KPG sebenar. Jika nilainya 23 hingga 24 peratus, yang diberi kepada peneroka ialah antara 17 hingga 19 peratus," ujarnya kepada Suara Keadilan.

Menurut Suhaimi, kadar 1 peratus KPG dianggarkan sekitar RM40 yang bermakna setiap kali hasil sawit peneroka dipetik, mereka kerugian antara RM200 hingga RM300.

Dalam saman berkenaan, peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Kesemua mereka yang diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff bakal memperolehi bayaran antara RM25,000 hingga RM30,000 setiap orang.

Dalam penghakimannya, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim berkata mahkamah tidak mempunyai sebarang jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Ini berikutan Mahkamah Persekutuan pada 19 Januari lalu yang diketuai Tun Zaki Azmi telah membuat keputusan mengarahkan supaya Felda membayar pampasan kerana menipu peneroka terbabit sejak 1995 dan enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

Mengulas lanjut Suhaimi berkata, setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan Felda membayar RM11 juta kepada peneroka di Felda Kemahang 3, pengurusan Felda seluruh negara mula menaikkan KPG sawit peneroka kepada lebih 20 peratus selepas merasa 'bahang' keputusan itu.

"Itu adalah satu kemenangan besar peneroka. Sebelum ini mereka mendapat sekitar 17 peratus hingga 19 peratus yang merupakan kadar terendah, bila berlaku di Kemahang 3 apabila mahkamah perintah kepada Felda membayar peneroka RM11 juta, rata-rata Felda menaikkan KPG. Ertinya memang mereka sedar yang mereka selama ini menipu.

"Kita nak nyatakan kenapa sampai sekarang Felda enggan jelaskan bayaran kepada Felda Kemahang. Peneroka tuntut RM11 juta, kalau kata banyak sangat duit, bayarlah, ini tuntutan dari peneroka Felda yang ditipu," tegas beliau.

Tambahnya lagi, keputusan itu juga merupakan titik permulaan dan bakal menyaksikan lebih banyak saman dikemukakan peneroka terhadap Felda.

Kes yang sama katanya telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2 melibatkan 776 peneroka Felda Serting dan Gugusan Raja Alias yang menuntut agensi itu membayar RM200 juta manakala peneroka Felda Maokil Labis, Johor mengemukakan saman sebanyak RM80 juta.

"Biro Felda KEADILAN sedang mengkaji bahawa banyak lagi rancangan Felda yang meletakkan KPG di bawah 20 peratus yang bererti masih ada banyak lagi ruang untuk peneroka mengemukakan saman.

"InsyaAllah, banyak lagi perjuangan peneroka yang menuntut isu KPG di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Biro Felda KEADILAN telah membentuk pasukan peguam di Negeri Sembilan, Pahang dan Johor melainkan Felda dalam tempoh terdekat ini menaikkan KPG ke tahap yang sesuai," tegas beliau.

Katanya, meskipun terdapat pelbagai isu penyelewengan dan penipuan yang dilakukan terhadap para peneroka, Biro Felda KEADILAN akan menumpukan kes menjurus penipuan KPG secara khusus terlebih dahulu.

"Kita tak akan longgokkan kesemuanya, kita akan selesaikan satu-satu selepas isu kadar perahan ini selesai di seluruh negara.

"Ada orang silap faham, kita bukan menentang Felda. Kita hanya nak bela peneroka yang dipermainkan Felda. Felda memang memberi banyak manfaat kepada peneroka tapi jangan ambil kesempatan. Peneroka juga mahu kehidupan yang lebih baik seperti orang lain," ujarnya.

-SK

Comments (0)

This entry was posted on Jumaat, Ogos 27, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.