Label: politik
Apa salahnya jika orang bukan Islam nak masuk masjid?
Jika mereka tidak melakukan perkara yang tidak senonoh, tidak membuat kotor, dan sebagainya tidak menjadi halangan....
Tahniah AJK surau Al-Huda Serdang!!!! Beginilah caranya untuk mendekatkan orang bukan Islam dengan Islam....
Saya petik:
[TMI] Pemimpin PAS mempertahankan langkah Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu yang kini dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Perkasa dan Umno.
“Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika hendak mempertikaikan wakil rakyat itu tidak memakai tudung, tindakan tidak mengenakan tudung, “ia tidak mengharamkan seseorang daripada datang ke masjid.”
“Cuma ia menjadi adap, bukan syarat (mengenakan tudung) apabila masuk ke masjid, surau... bukan syarat tetapi adap,” kata beliau.
Terdahulu beliau menyampaikan takzirah di masjlid bandar Kinrara selepas solat Jumaat.
“Ketika di masjid Kinrara, saya ada menimbulkan contoh, bagaimana masjid ini kemungkinan dibina oleh seorang Cina walaupun projeknya diperoleh oleh seorang Bumiputera, dan pekerja-pekerjanya mungkin dari Myanmar, yang bukan beragama Islam.
“Adakah kita melarang dia daripada memasuki masjid dan surau ketika sedang dibina?” kata Mahfuz sambil menambah, dalam kes Teo beliau sebenarnya dibenarkan oleh pengurusan surau.
“Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan,” kata beliau lagi.
Teo dipetik sebagai berkata beliau tidak faham sebab kunjungannya ke surau itu menjadi kontroversi dan “dipermainkan-mainkan” kerana hanya berniat ikhlas.
“Kunjungan ke surau Al-Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Utusan Malaysia dalam laporan muka depan hari ini memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.
Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.
Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.
“Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk,” katanya.
Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP menjelaskan:
“Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.
“Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar,” katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.
Dalam laman webnya Teo berkata:
“Beliau yang hadir berbaju kebaya disambut oleh Pengerusi Surau Ustaz Azemi Ahmad dan ahli dan kariah surau sebaik sahaja selesai ibadah solat sunat tarawih dikerjakan.”
Teo berharap dengan kunjungan beliau kali ini akan menambah lagi kemesraan dan persahabatan di antara masyarakat berbilang kaum.
“Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor ada membuat penawaran bantuan pinjaman pelajaran kepada lepasan-lepasan SPM di mana pinjaman yang terbuka kepada permohonan anak-anak negeri Selangor ini akan berubah menjadi biasiswa jika keputusan peperiksaan peminjam di universiti adalah cemerlang.
“Beliau menyeru kepada semua agar mengambil peluang tersebut supaya tiada anak-anak yang tercicir untuk memasuki ke universiti semata-mata disebabkan masalah kewangan,” kata laman web itu.
Tajuk "Tentang kebolehan kaum Musyrikin dan Kaum Ahli Kitab masuk kr Masjid dan tentang kebolehan mengikat Orang Tawanan di dalam Masjid" Kitab Himpunan hadis hadis pilihan.
Hadis 1
Dari Anas bin Maalik r.a. ia ber kata ;Telah masuk seorang lelaki dengan kenderaan unta,meloloskan untanya di dalam Masjid, kemudian lelaki tersebut mengikat untanya lalu lelaki tersebut bertanya ; Mana di anatara kamu yg bernama Muhammad?" diriwayat oleh Abu Daawud
Hadis 2
Dari ibnu Abbaas r.a. ia berkata ; Banu Sa'ad bin Bakar Dhimaan bin Tsa'labah pernah mengirim utusan kepada Rasulullah s.a.w., maka ia datang kepada beliau , lalu menghentikan ontanya dipintu masjid, kemudian mengikatnya, lalu ia masuk kedalam Masjid , kemudian ia berkata ; Mana dianatara kamu anak lelaki 'Abdul Muthalib?" di riwayatkan oleh Abu Daawud
Hadis 3
Dari Abie Hurairah r.a. ia berkata; Orang orang yahudi pernah datang kepada Rasulullah s.a.w., padahal baginda sedang duduk didalam masjid diantara sahabatnya, kemudian orang orang Yahudi itu berkata ; Yaa! Abal-Qaasim'; ( nama panggilan bagi Rasululllah s.a.w oleh orang orang Yahudi) di riwayatkan oleh Abu Daawud
Hadis 4
Dari Abie Hurairah r.a. ia berkata: Rasullullah s.a.w. pernah mengirimkan sepasukan berkuda kearah Nadjd, maka datanglah pasukan itu dengan membawa seorang lelaki dari Banu Haniefah yang di namakan kepadanya Tsumaamah bin Utsaal, lalu mereka ( para anggota pasukan berkuda)itu mengikat orang itu ( bukan berugama Islam)disuatu tiang daripada tiang tiang yg terdapat di masjid tersebut' diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Buchaary,Muslim, Abu Daawud, An-Nasay dan lain lain
Ulama As Shafiee berpendapat dan menetapkan, bahawasanya orang orang musyrikkin boleh masuk semua masjid kecuali Masjid Al-Haram.
kata Ash-Shan'aany :"Pernah orang orang kafir masuk kedalam masjid Rasulullah s.a.w dan duduk sampai lama didalamnya, Bahkan Abu Daawud meriwayatkan bahawa orang orang Yahudi pernah datang kepada baginda s.a.w , sedang Rasulullah s.a.w berada di Masjid.
Cuma Ulama Ahli Madienah menetapkan tidak boleh orang orang musyrik masuk ke dalam Masjid.
Nak Tumpang tanya , pelacung asing ( bukan berugama Islam) masuk kedalam masjid negara,masjid putrajaya dan masjid Shah Alam mereka semua baik lelaki atau perempuan dan mandi junud ke? Atau pelancung lelaki dan pelacung perempuan dah cuci hadas kecil atau hadas besar.
Pihak MAIS atau JAIS dah maklum atau dah dapat kebenaran dari Sultan Selangor perihal pelacung lelaki dan perempuan yg buka berugama Islam masuk melawat di dalam masjid Shah Alam?????????
Terima kasih tuan atas komen di atas.... Sungguh mantap sekali...