Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Kes KHALWAT: Raja Azmi beri keterangan kepada JAWI

Label:

Saya petik: 

[MStar] KUALA LUMPUR: Insiden ditahan di lokap polis pada 20 Ogos tahun lalu akibat gagal hadir ke mahkamah membuatkan produser Raja Azmi Raja Sulaiman tidak mengambil mudah perkara berkaitan mahkamah sehingga memaksa dia hadir untuk memberikan keterangan berhubung kes khalwatnya dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim.

Wanita itu hadir ke Pejabat Hal Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, Selasa, ditemani peguamnya, Roslizam Rahim pada pukul 10.45 pagi.

Menurut Roslizam, anak guamnya dipanggil untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 58 sub seksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) di mana dia turut disabit dengan laporan kesalahan berkhalwat tanpa tangkapan.

Setelah lebih sejam memberikan keterangan di hadapan pegawai penyiasat yang bertugas, suami wanita itu Jailani Sidek dilihat turut memasuki pejabat tersebut. Bagaimanapun lelaki itu tidak memberikan apa-apa keterangan.

“Saya hanya memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat dan menjawab apa yang disoal berhubung tuduhan khalwat yang dikenakan ke atas saya.

“Saya bimbang akan ditahan dalam lokap buat kali kedua sekiranya saya gagal hadir seperti mana yang diminta membuatkan saya tidak mengambil remeh hal ini,” ujar Raja Azmi.

Sementara itu kata penerbit filem ...Dalam Botol ini, dia berhasrat menyaman bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman (Yati) yang menjadikan kes berkenaan semakin menjadi-jadi selain telah menjatuhkan maruahnya.

“Saya menganggap bekas isteri Roslin, Norhayati Othman (Yati) sudah menguji tahap kesabaran saya. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memfailkan saman,” ujarnya.

Menjelaskan tentang insiden khalwat tersebut Raja Azmi berkata, dia dan Roslin tidak bersama-sama di dalam bilik sebaliknya lelaki itu hanya menghantarnya ke hotel berkenaan.

“Saya ke hotel itu untuk mendaftar masuk bilik bagi membolehkan keluarga saya bermalam di situ. Kami tidak berdua-duaan dalam bilik itu seperti mana yang didakwa,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, wanita itu turut berharap semoga kes tersebut tidak berlanjutan lagi kerana dia tidak sanggup melihat bakal cucunya mengetahui tentang insiden yang memalukan itu.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jawi di bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Bagaimanapun pada 20 Ogos tahun yang sama, Raja Azmi ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini kerana kegagalannya untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.

Comments (0)

Kes KHALWAT: Raja Azmi beri keterangan kepada JAWI
Selasa, April 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Selasa, April 19, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.