Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Mahkamah BUBAR parti Hosni Mubarak. Bakal dimasukkan ke Muzium

Label:

Saya petik: 

[kosmo] KAHERAH - Akhbar-akhbar Mesir semalam memuji tindakan Mahkamah Agung Persekutuan membubarkan Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) yang pernah memerintah negara ini semasa Hosni Mubarak menjadi presiden.

Akhbar al-Shorouk menyatakan parti itu sudah tiada manakala akhbar Al-Masry al-Youm melaporkan parti tersebut sudah mati.

Komen akhbar berkenaan dibuat selepas Mahkamah Agung Pentadbiran kelmarin mengarahkan parti NDP dibubarkan dan mengarahkan dana serta hartanah miliknya diserahkan kepada pemerintah yang kini ditadbir tentera buat sementara waktu selepas Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu ekoran desakan rakyat. 

Menurut laporan stesen televisyen, ibu pejabat parti tersebut yang menghadap Sungai Nil dan pernah dibakar oleh penunjuk perasaan akan dijadikan muzium.

Sebuah lagi bangunan NDP akan dijadikan pejabat Majlis Kebangsaan Hak Asasi Manusia.

Menurut penghakiman mahkamah, parti tersebut telah merosakkan kehidupan politik.

"Ia (parti itu) menerapkan dasar yang memperkukuhkan kepimpinan diktator dan memonopoli kuasa.

"Parti itu menipu pilihan raya dan mengawal parlimen dan merencatkan ekonomi dan sosial negara," kata penghakiman mahkamah tersebut.

Pembubaran itu merupakan antara tuntutan utama para penunjuk perasaan selepas pemerintahan Hosni selama 30 tahun berakhir. 

Sementara itu, Hosni yang dimasukkan ke hospital minggu lalu akibat tekanan darah rendah kini berada dalam keadaan stabil, lapor agensi berita rasmi MENA dalam satu kenyataan ringkas semalam.

Hosni yang ditahan berkaitan kes keganasan ke atas penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat sebelum ini dilaporkan mengalami serangan sakit jantung sewaktu disiasat oleh pendakwa raya pada Selasa lalu.
Hosni ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di tepi Laut Merah. 

Beliau ditahan selama 15 hari untuk disoal siasat. 

Dua anak lelakinya, Alaa dan Gamal ditahan di penjara di sebuah penjara di Kaherah dan menghadapi tuduhan sama. - Agensi

Comments (0)

Mahkamah BUBAR parti Hosni Mubarak. Bakal dimasukkan ke Muzium
Isnin, April 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, April 18, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.