Seorang pemimpin Umno Kelantan malam kelmarin ditangkap basah dengan seorang gadis bawah umur ketika para blogger parti itu memfitnah wakil rakyat PAS ditangkap basah sebelum ini.
Sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) memberitahu, pemimpin Umno Bahagian Tanah Merah yang dalam lingkungan umur 54 tahun ditangkap dengan seorang juvana berumur 16 tahun dalam keadaan berkemban (separuh bogel) yang dipercayai telah disetubuhinya.
Pemimpin Umno terbabit ditangkap oleh sekumpulan anggota Rukun Tetangga (RT) yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail di sebuah hotel bujet di jajahan Tanah Merah.
Seorang anggota pencegah maksiat memberitahu, pasukannya mula mengesyaki pemimpin Umno terbabit apabila pemimpin itu keluar dari kamar yang disewanya ketika operasi dilakukan di kamar-kamar lain.
“Dia (pemimpin Umno) bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan,” ujar pegawai terbabit.
Pasangan tidak sah itu kemudiannya diikat jamin dan sedang menunggu tarikh bicara yang dijadualkan pada 18 Mei depan.
Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob mengesahkan mendapat aduan dan laporan mengenai tangkap basah pemimpin Umno terbabit. -bloglist

(Gambar hiasan)
Comments (0)
Catat Ulasan