Memang mulut "jamban". Soalan yang diajukan wartawan pencacai umno adalah tentang jam omega. Tiada kaitan langsung dengan pilihanraya Sarawak. Malah pandai-pandai buat cerita yang polis ada meminta jam tersebut daripada Anwar. Wartawan jenis inilah yang disukai umno...Pandai mereka-reka soalan dan cerita fitnah...
Saya petik:
Polis Tidak Minta Serah Jam Tangan Omega - Anwar
[MStar] KUCHING: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau mahupun isterinya, tidak akan menunjukkan jam Omega yang didakwa masih berada dalam simpanan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membuktikan bahawa ia masih berada dalam simpanan mereka seperti yang digesa banyak pihak.
Menurut beliau, tiada keperluan untuk isterinya menunjukkan jam berkenaan kepada umum kerana tidak diminta pihak polis berbuat demikian.
Sebaliknya, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berang apabila diajukan soalan berhubung bila Wan Azizah akan menyerahkan jam berkenaan kepada polis untuk disiasat.
Tegas Anwar, beliau tidak akan terperangkap dengan mainan media yang didakwanya menjadi perkakas Umno untuk menjatuhkan karier politiknya.
"Bila polis minta? Bila polis minta? Bila polis minta? Saya tanya anda bila polis minta?" soalnya berulang kali kepada wartawan sebuah stesyen televisyen nasional pada sidang media di sini, Ahad.
Ditanya sama ada beliau ataupun isterinya bersedia untuk menyerahkan jam berkenaan kepada polis, Anwar berkata: "Mengapa perlu serah, polis tak minta."
Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya Wan Azizah menunjukkan jam Omega milik Anwar yang didakwa berada dalam simpanannya bagi menjawab dan melenyapkan spekulasi yang mengaitkan lelaki dalam video perlakuan seks dengan seorang wanita yang disiarkan dalam banyak laman web adalah suaminya.
Menurut mereka, Wan Azizah wajar membuktikan jam itu berada dalam simpanannya dan bukan yang ditemui pada wanita itu bagi menghilangkan rasa curiga rakyat yang ketika ini keliru dengan pelbagai maklumat mengenai rakaman video berkenaan.
Comments (0)
Catat Ulasan