Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Duit tebusan buat belanja kahwin. Gila!!

Label:

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Terdesak akibat ketiadaan wang untuk melangsungkan majlis perkahwinannya, seorang perunding luar cuba menipu tunangnya sendiri dengan menghantar SMS menyatakan dia diculik bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM47,000 daripadanya.

Lelaki berusia 26 tahun itu menghantar SMS berbunyi ‘tunang awak diculik dan berada dalam tangan saya... untuk menyelamatkannya tunggu arahan seterusnya’ kepada tunangnya berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah hospital swasta di Damansara kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Mangsa menerima SMS kedua kira-kira jam 10 malam yang memintanya memasukkan wang berjumlah RM47,000 ke satu akaun bank seperti diarahkan. 

Bertindak atas laporan dibuat wanita itu sebaik menerima mesej pertama, polis berjaya mengesan lokasi suspek dan menahan seorang lelaki di Stesen KL Sentral pada malam sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata siasatan yang dijalankan mendapati SMS itu dihantar sendiri tunang mangsa dan tujuannya adalah untuk mendapatkan wang hantaran perkahwinan dengan cara mudah.

Katanya, suspek mendakwa terdesak untuk mendapatkan wang bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan dilangsungkan akhir bulan ini.

Tun Hisan memberitahu meskipun lelaki itu menipu tunangnya sendiri bagi mendapatkan wang, polis tetap memandang serius kes berkenaan dan suspek kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan culik.

P/s: Malang bagi wanita yang mendapat lelaki seperti ini...

Comments (0)

Duit tebusan buat belanja kahwin. Gila!!
Rabu, Mei 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Mei 04, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.