Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

DUN Selangor tidak akan DIBUBARKAN tahun ini - MB

Label:

Saya petik:

[BH] SHAH ALAM: Kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang tetap tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Kerajaan Pusat mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri mahu memastikan pentadbiran negeri dilaksanakan bagi tempoh sekurang-kurangnya empat tahun sebelum berhasrat membubarkan DUN.
“Kita masih berpendapat seperti sebelum ini, iaitu mahu paling tidak empat tahun untuk melaksanakan pemerintahan sebelum bersedia mengadakan pilihan raya.

“Jika Pusat mahu mengadakan pilihan raya tahun ini, Selangor tidak akan bersama,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui selepas majlis penutupan Kejohanan Lawan Pedang Selangor ke 11, di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Abdul Khalid berkata, keputusan kerajaan pimpinannya untuk tidak mahu mengadakan pilihan raya jika diadakan tahun ini tidak menyalahi undang-undang.

“Tindakan kita tidak mahu membubarkan dewan selagi belum cukup tempoh empat tahun mentadbir negeri adalah dibenarkan oleh Enakmen Negeri dan tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang,” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin dipetik memberitahu sebuah laman portal bahawa ada kemungkinan PRU 13 diadakan Ogos ini.

Comments (0)

DUN Selangor tidak akan DIBUBARKAN tahun ini - MB
Selasa, Mei 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Mei 03, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.