Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR!!

Label:

Saya petik:
[MK] Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.

NONEDalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T merah yang tertulis Patriot,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu,” katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

NONE"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.NONERozan (kiri) membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

"Sebab itu kita juga tertanya-tanya,” katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya.

P/s: Polis hanya 'tengok' sahaja......

Comment (1)

Mereka berhimpun boleh, kita berhimpun kena tangkap. Ini tidak adil...lawan tetap lawan !

Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR!!
Selasa, Jun 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Jun 28, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 28 Jun 2011 pada 6:37 PTG , Tanpa Nama berkata...