Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja berazam mahu mempertahankan empat negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum yang lalu, bahkan mahu menguasai tujuh lagi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), termasuk Perak.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) berkata, pakatan pembangkang meletakkan sasaran untuk menguasai Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan Perlis daripada Barisan Nasional (BN).
“PR ada tiga sasaran di peringkat negeri pada pilihan raya umum yang datang.
“PRU13 menjadi pertempuran abad ini memandangkan sasarannya bukan sahaja 11 negeri di Semenanjung, tetapi juga kuasa persekutuan di Putrajaya,” katanya yang dipetik dalam laman blognya, semalam.
Beliau menyifatkan PRU13 penting kerana bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu menyebabkan beliau teragak-agak menetapkan tarikh PRU.
Kit Siang turut meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Beliau berkata, PRU kali ini bakal menjadi sejarah kerana menyaksikan persaingan ‘hidup mati’ BN di tangan PR.
Selama ini, menurutnya, kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah namun berlaku tsunami politik pada PRU12 menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.
“BN akan berdepan persaingan ‘hidup matinya’ dalam PRU13 bukan setakat sama ada ia boleh memperoleh semula majoriti dua pertiga, sebaliknya turut mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang,” katanya.

Comments (0)
Catat Ulasan