Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Cincin Berlian RM70 Juta : Ada Cubaan Rekayasa Bukti, Kata Chegubard

Label:

Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 17 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat seorang individu yang dikaitkan dengan dakwaan sebentuk cincin berlian bernilai lebih RM70 juta dibawa masuk ke negara ini tanpa cukai untuk isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.
Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, SPRM telah menyoal A.Krishnan, individu yang dikenalpasti oleh SAMM sebagai bertanggungjawab menguruskan dokumen-dokumen Kastam Diraja Malayasia (KDRM) yang berkaitan.
SAMM memperolehi nama individu berkenaan daripada salinan ceraian dokumen pengisytiharaan Kastam yang dicetak melalui komputer.  
“(Tindakan) SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu,’ kata Chegubard.
Beliau melaporkan isu cincin belian itu kepada SPRM Pulau Pinang, minggu lalu.
“SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja,”katanya.
Pada masa yang sama, beliau mempersoalkan sama ada pengecualian cukai  untuk berlian itu ada hubungan dengan tindakan Perdana Menteri Najib Razak  sebelum ini untuk mengecualikan cukai untuk belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) dalam belanjawan yang lalu.
“Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu?," soalnya. 
Chegubard juga mendakwa sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA telah mengalami gangguan hampir 3 jam.
Ini menurut beliau, menyebabkan kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa dan selepas itu dipulihkan, perbagai 'syarat' dikenakan untuk mendapat akses kepada dokumen sebegitu.
Chegubard berkata dalam usaha untuk menimbulkan keraguan mengenai pemilik belian itu, semalam muncul pula borang asal di alam siber dan apa yang disebut sebagai borang 2 Kastam.
Borang itu "diadakan" untuk  "membuktikan" cincin belian itu dibawa keluar ke Singapura empat  hari selepas ia dibawa  masuk ke Malaysia.

Chegubard berkata borang itu adalah untuk menyokong dakwaan kononya cincin belian itu hanya untuk pameran yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura. 

Chegubard berkata sumber dalaman beliau mengesahkan beberapa percanggahan ketara dalam maklumat borang  2 kastam termasuk nilai barangan. Borang itu juga tidak meyenaraikan sebarang terma untuk pameran yang dimaksudan, seperti lazimnya, kata beliau.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman.

Comments (0)

This entry was posted on Ahad, Julai 17, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.