Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Tiga MP PAS Selangor ambil alih tugas Dr Lo’ Lo’

Label:

PETALING JAYA: Tiga Ahli Parlimen PAS Selangor akan mengambil alih tugas untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan Titiwangsa ekoran pemergian ahli parlimennya, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmatullah.

Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Perkara ini dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditanya mengenai siapakah di kalangan ahli Parlimen yang akan mengambil alih tugas Allahyarham Dr Lo’Lo’ yang meninggal dunia akibat penyakit barah.

“Mereka akan memikul tanggung jawab itu sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Pada PRU 2008, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Salahuddin menambah, bagaimanapun, PAS Kawasan Titiwangsa akan menjalankan tugas memantau parlimen berkenaan seperti aduan daripada para penduduk setempat.

Dalam perkembangan lain, PAS belum menetapkan sama ada akan terus memilih calon wanita untuk parlimen Titiwangsa dalam PRU ke 13.

“Terpulang kepada parti (PAS) untuk memilih calon wanita atau pun calon lelaki. Tetapi biasanya PAS akan meminta PAS kawasan untuk menamakan calon yang paling sesuai untuk kawasan mereka,” tambahnya.

Sementara itu, seorang pemimpin PAS Titiwangsa memberitahu, kematian Dr Lo’Lo’ merupakan satu kehilangan besar bagi penduduk Titiwangsa.

Menurutnya, Dr Lo’ Lo’ bekerja kuat siang malam untuk memastikan kawasan jagaannya terbela dan menikmati pembangunan yang sewajarnya.

“Jasa paling besar tentulah mengenai pembangunan Kampung Baru iaitu memastikan pemilik tanah mendapat pembelaan dari percubaan manipulasi pihak tertentu,” katanya yang enggan namanya disiarkan. -FMT

Comments (0)

Tiga MP PAS Selangor ambil alih tugas Dr Lo’ Lo’
Selasa, Julai 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Julai 19, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.