Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Mengapa perogol ini menangis teresak-esak?

Label:

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja menangis teresak-esak sejurus mengetahui bapanya gagal menjelaskan wang jaminan sejumlah RM8,000 yang ditawarkan hakim selepas mengaku bersalah merogol teman wanitanya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, 18, dari kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu tidak dapat menahan sebak selepas dimaklumkan bapanya yang hadir semasa pertuduhan, gagal menjelaskan jumlah wang jaminan ditawarkan kerana tidak cukup wang.

Bapanya yang bekerja sendiri difahamkan hanya mempunyai sebanyak RM2,000 dan meminta diberikan masa untuk mencari wang bagi mencukupkan jumlah yang ditawarkan oleh hakim Azman Mustapha.

Sebelum itu, tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah mengaku bersalah dengan sengaja merogol teman wanitanya, gadis di bawah umur pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun, hakim Azman menetapkan 12 September depan sebagai tarikh keputusan kes untuk menunggu laporan akhlak tertuduh memandangkan ketika kejadian, dia masih di bawah umur.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Zulfazliah Mahmud.

Mengikut fakta kes, tertuduh pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu diantara jam 11 malam hingga 2 petang bertempat di sebuah rumah di Jalan Haji Salim, kampung Pengkalan Maras, Kuala Terengganu dengan sengaja melakukan rogol terhadap mangsa yang juga teman wanitanya berumur 16 tahun.

Kejadian bermula pada 19 Disember, kira-kira jam 7.30 petang, apabila mangsa keluar bersama tertuduh yang dikenali Akim untuk pergi ke rumah sepupu tertuduh di kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Setelah sampai di rumah terbabit, tertuduh telah mengajak mangsa masuk ke dalam rumah sepupunya itu dan pada 20 Disember, kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa bersama tertuduh telah tidur bersama di dalam bilik di rumah berkenaan.

Semasa berada di dalam bilik itu, tertuduh telah meraba dan mencium bahagian anggota badan mangsa.

Selepas itu, kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa telah mandi bersama tertuduh di dalam bilik mandi di rumah itu dan ketika itulah, mangsa telah dirogol tertuduh.

Perbuatan tertuduh terbongkar setelah mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya selepas didesak, sejurus keluarganya ternampak mangsa pulang ke rumah bersama tertuduh pada hari sama kira-kira jam 12 tengah hari. -SinarHarian
P/s:  Jadikan iktibar!!

Comments (2)

ini bukan rogol tapi suka suka tak sengaja

hubungan seks dgn perempuan bawah umur 16 tahun didefinasikan sebagai 'rogol' mengikut undang-undang.

Mengapa perogol ini menangis teresak-esak?
Selasa, Julai 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Julai 19, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 19 Julai 2011 2:01 PTG , Panglima Muda berkata...

ini bukan rogol tapi suka suka tak sengaja

On 1 Oktober 2011 11:30 PG , Tanpa Nama berkata...