Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

DUN Selangor Sudah Lama Tinggalkan Budaya Menjerit- Jerit, Kata Faekah

Label:

Saya petik: 
 
[TVS] SHAH ALAM 13 JULAI: Sikap kurang matang adun pembangkang dewan undangan negeri Selangor semalam yang bertindak mengingkari arahan Speaker Dewan, Datuk Teng Chang Kim amat dikesali.

Sidang DUN hari kedua, penggal keempat semalam tegang seketika apabila ketua pembangkang yang juga adun Seri Serdang, Datuk Satim Diman dan Adun Kuang, Shukor Idrus digantung.

Satim digantung sehari selepas bertelagah dengan Adun Sekinchan, Ng Sue Lim berhubung perbekalan tambahan yang menyentuh peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina.

Perbahasan mereka bertukar tegang apabila satim menghalang Sue Lim daripada memetik sepotong hadis.

Manakala, Shukor pula digangtung tiga hari selepas mempersoalkan peraturan mesyuarat yang dikenakan keatasnya setelah menyebut nama Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam sesi perbahasannya.

Walhal, peraturan mensyuarat mensyaratkan mana- mana adun langsung tidak boleh menyebut nama raja- raja melayu dan sultan untuk mempengaruhi dewan.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata sikap mereka yang tidak dapat menerima arahan Speaker dan mengeluarkan perkataan kesat kepada Speaker tidak boleh diterima.  

Shukor selepas diarahkan kelar dewan mula menjerit- jerit dan mengeluarkan perkataan 'bodoh' kepada Speaker.

Ini bukan kali pertama Shukur bertindak sedemikian kerana pada Sidang dun tahun lalu, beliau juga bertindak serupa.

Tindakan itu bukan sahaja merendahkan artabat dewan yang mula bahkan mencerminkan sikap adun pembangkang yang tidak profesional.

Faekah juga kesal apabila satim sebagai ketua pembangkang tidak mempunyai kreadibiliti untuk menggalas jawatan tersebut ekoran berhujah tanpa fakta, ibarat 'tin kosong'.

Faeah menambah, sejak pakatan rakyat mengambilalih tampuk pentadbiran selangor, sidang DUN Selangor mula melakukan anjakan paradigma dengan meninggalkan era menjerit- jerit dan menampilkan adun yang hebat berhujah dengan fakta dan fokus kepada kepentingan rakyat negeri itu.

Justeru Faekah menegaskan tanggungjawab setiap wakil rakyat adalah menjaga kemuliaan Dewan supaya ia tidak lagi tercemar di masa- masa akan datang.

Comments (0)

This entry was posted on Rabu, Julai 13, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.