Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Fizo dakwa dianiaya kenalan jadi penjamin hutang RM2.5 Juta

Label:

Saya petik:
 
[HM] KUALA LUMPUR: “Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.

“Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.

“Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.

Comments (0)

Fizo dakwa dianiaya kenalan jadi penjamin hutang RM2.5 Juta
Rabu, Disember 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Rabu, Disember 14, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.