Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Pembantu Hal Ehwal Islam JAIBP dipenjara 14 hari kerana rasuah

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[kosmo] PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 terhadap seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Balik Pulau yang didakwa menerima rasuah RM1,000 pada 2005.

Hakim Datuk Low Hop Bing yang bersidang bersama Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai.

Low memerintahkan Ahmadi Yahaya, 38, menjalani hukuman itu mulai semalam.

Ahmadi didakwa menerima rasuah daripada Mohd. Fairus Ismail sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas beliau dan Fauziah Ismail yang disyaki berkhalwat pada 13 Dis 2004, di Jabatan Agama Islam Balik Pulau.

Mahkamah Sesyen Georgetown menjatuhkan hukuman itu pada 25 April 2007, bagaimanapun, ia diketepikan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jun lepas.

Di mahkamah sama, hukuman seorang Penguasa Kastam Rosman Kassim, 52, yang didakwa meminta dan menerima suapan RM500 daripada seorang pemandu bas pelancong pada Oktober 2003, dikurangkan kepada penjara 14 hari dan denda RM10,000. - Bernama

Comments (0)

Pembantu Hal Ehwal Islam JAIBP dipenjara 14 hari kerana rasuah
Rabu, Disember 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[kosmo] PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 terhadap seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Balik Pulau yang didakwa menerima rasuah RM1,000 pada 2005.

Hakim Datuk Low Hop Bing yang bersidang bersama Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai.

Low memerintahkan Ahmadi Yahaya, 38, menjalani hukuman itu mulai semalam.

Ahmadi didakwa menerima rasuah daripada Mohd. Fairus Ismail sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas beliau dan Fauziah Ismail yang disyaki berkhalwat pada 13 Dis 2004, di Jabatan Agama Islam Balik Pulau.

Mahkamah Sesyen Georgetown menjatuhkan hukuman itu pada 25 April 2007, bagaimanapun, ia diketepikan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jun lepas.

Di mahkamah sama, hukuman seorang Penguasa Kastam Rosman Kassim, 52, yang didakwa meminta dan menerima suapan RM500 daripada seorang pemandu bas pelancong pada Oktober 2003, dikurangkan kepada penjara 14 hari dan denda RM10,000. - Bernama
This entry was posted on Rabu, Disember 14, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.