Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Suami latih 2 isteri jadi pencuri, ajar anak jadi 'tonto'

Label:

Gambar hiasan
Saya petik:

[HM] SERI ISKANDAR: Seorang suami sepatutnya menjadi contoh kepada dua isterinya yang bermadu, tetapi bertindak sebaliknya apabila didapati melatih dan menurunkan ‘ilmu’ mencuri kepada kedua-dua wanita terbabit untuk bergiat sebagai penjenayah profesional.

Suspek berusia 25 yang juga seorang mekanik dikesan mengajar kedua-dua isterinya berusia 20-an mengenai cara memecah masuk kenderaan sebelum melarikan barang berharga terutama komputer riba ditinggalkan mangsa dalam kenderaan.

Lebih memeranjatkan apabila suspek turut mengajar seorang anak lelakinya berusia lima tahun sebagai ‘tonto’ bagi mengawasi keadaan sekitar ketika bapa serta ibu dan ibu tirinya melakukan jenayah pecah kereta.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika mengumumkan pihaknya membongkar kegiatan pasangan suami isteri terbabit di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, suspek dikesan melatih kedua-dua isterinya untuk melakukan jenayah kerana terdesak untuk membayar hutang ceti haram berjumlah ribuan ringgit.

Comments (0)

Suami latih 2 isteri jadi pencuri, ajar anak jadi 'tonto'
Selasa, Disember 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan
Saya petik:

[HM] SERI ISKANDAR: Seorang suami sepatutnya menjadi contoh kepada dua isterinya yang bermadu, tetapi bertindak sebaliknya apabila didapati melatih dan menurunkan ‘ilmu’ mencuri kepada kedua-dua wanita terbabit untuk bergiat sebagai penjenayah profesional.

Suspek berusia 25 yang juga seorang mekanik dikesan mengajar kedua-dua isterinya berusia 20-an mengenai cara memecah masuk kenderaan sebelum melarikan barang berharga terutama komputer riba ditinggalkan mangsa dalam kenderaan.

Lebih memeranjatkan apabila suspek turut mengajar seorang anak lelakinya berusia lima tahun sebagai ‘tonto’ bagi mengawasi keadaan sekitar ketika bapa serta ibu dan ibu tirinya melakukan jenayah pecah kereta.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika mengumumkan pihaknya membongkar kegiatan pasangan suami isteri terbabit di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, suspek dikesan melatih kedua-dua isterinya untuk melakukan jenayah kerana terdesak untuk membayar hutang ceti haram berjumlah ribuan ringgit.
This entry was posted on Selasa, Disember 13, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.