Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Adakah Hang Tuah Wujud? Ini komen Pakar Arkeologi

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[BH] PAKAR arkeologi mempertahankan kewujudan laksamana Melaka, Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 berdasarkan beberapa bukti yang ditemui melalui kajian arkeologi.

Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, berpendapat kewujudan Hang Tuah mampu dibuktikan melalui penemuan nama Hang sendiri di Padang Lawas, Sumatera pada abad ke-15, sekali gus menguatkan kepercayaan bahawa laksamana itu memang pernah hidup di muka bumi ini.

“Saya percaya Hang Tuah wujud tetapi nama yang empat orang lagi (Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi) mungkin kita boleh kaji lebih lanjut untuk menentukan sama ada mereka benar-benar wujud atau tidak.

“Kita juga tidak boleh menafikan kewujudan makam Hang Tuah. Walaupun nama di makam itu tidak tertera Hang Tuah, penemuan tinggalan seramik oleh kajian arkeologi, jelas menunjukkan zaman itu adalah abad ke-15 iaitu zaman Hang Tuah,” katanya.

Nik Hassan Suhaimi berkata, walaupun ada cadangan untuk melakukan kajian saintifik bagi menentukan kesahihan kewujudan Hang Tuah melalui proses DNA, ia sukar dijalankan kerana membabitkan kaedah yang rumit.

“Kalau kita nak jalankan kajian saintifik itu, kita kena menggali makam berkenaan untuk mengambil sampel tulang dan ia bercanggah dengan agama Islam sendiri,” katanya.

Baru-baru ini, pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, menafikan kewujudan laksamana Hang Tuah, empat rakannya dan Puteri Hang Li Po kerana tiada rekod yang mencatatkan mereka pernah wujud di muka bumi ini.

Sehubungan itu, Kay Kim berkata, buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos serta lagenda, termasuk penceritaan mengenai Hang Tuah, Hang Jebat dan Puteri Hang Li Po

Comment (1)

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winsdtedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

Adakah Hang Tuah Wujud? Ini komen Pakar Arkeologi
Sabtu, Januari 21, 2012 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Sabtu, Januari 21, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 24 Januari 2012 pada 3:07 PG , Tanpa Nama berkata...