Malah, remaja bawah umur itu turut mengakui mengadakan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki itu, semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pekerja kilang berusia 39 tahun itu bersama rakan baik anaknya pergi ke hotel berkenaan sebaik mendapat tahu anaknya berada di hotel itu.
Menurut sumber, dia pada mulanya menyangka anak gadisnya itu lewat pulang dari sekolah kerana mengulang kaji pelajaran sebelum menghubungi rakan baik anaknya untuk mengetahui ke mana anaknya itu pergi.
“Lelaki berkenaan terkejut selepas dimaklumkan anaknya berada di bilik hotel di kawasan berhampiran sebelum mengajak rakan anaknya pergi ke hotel itu.
“Namun sebaik pintu bilik hotel dibuka, dia terkejut mendapati anaknya berada bersama dua lelaki.
“Tergamam melihat keadaan itu, lelaki terbabit terus bertindak menahan kedua-dua rakan anaknya itu, namun seorang daripada mereka berjaya melarikan diri,” katanya.
Sumber berkata, lelaki itu kemudian membawa anaknya dan rakan lelakinya itu untuk membuat laporan di Balai Polis Petaling.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
Moral: Ibu bapa usah mudah percaya 100% kepada anak-anak. Siasat apa aktiviti mereka di luar. Betulkah mereka keluar rumah untuk tusyen? Kalau sudah terlanjur seperti kes ini bagaimana? Sedarlah bahawa anak adalah amanah besar yang dikurniakan oleh Allah. Bagaimana ibu bapa mencorak kehidupan di dunia akan dipersoalkan di akhirat kelak....
tahniah kpd ayahnya wpun lewat. .budak2 sekolah semacm ini terdorong kebegini kerana suasana keliling/hset dan selalu dipersembahkan dipawagam,internet, konsert2 dan sebagainya...kesan yg teruk kpd budaya Malaysia skrg sehinggalah dijadikan Sekolah Harapan oleh kebangang tu.
Remaja perempuan sekarang memang wajar dipakaikan cawat besi... bila dia kahwin baru kunci diberi pada suaminya....baru dia reti bahasa.