Saya petik:
Saman tersebut difailkan peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta di sini.
Shahrizat menuntut ganti rugi am disebabkan fitnah secara lisan yang memudaratkan berjumlah RM50 juta serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM50 juta.
Writ saman tersebut difailkan peguam terkemuka, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta di sini.
Menerusi writ saman tersebut, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno memohon perintah injuksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada membuat sebarang pernyataan atau kenyataan secara bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat-syarikat bersekutunya.
Berdasarkan penyataan tuntutan yang difailkan Tetuan Shafee & Co. dinyatakan bahawa Shahrizat sebagai plaintif tidak pernah memiliki sebarang ekuiti mahupun memegang jawatan sebagai pengarah di NFC, Agro-Science Industry Sdn Bhd atau mana-mana syarikat yang bersekutu.
NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala Agro-Science Industry Sdn Bhd adalah syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham 'preference' dipegang kerajaan Malaysia.
Pada 2006, Kementerian Pertahanan menganugerahkan pembinaan projek Fidlot Nasional kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd dan Lamberts Agriculture Trade Sdn Bhd.
Bagaimanapun Lamberts Agriculture Trade Sdn Bhd manarik diri dan projek berkenaan hanya dianugerahkan kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd melalui NFC.
Dinyatakan juga bahawa keputusan atau isu penganugerahan projek ini tidak pernah dibawa ke kabinet dan oleh itu Shahrizat tidak menyertai atau mempengaruhi proses penganugeahan projek.
Penyataan tuntutan itu juga menyebut bahawa Shahrizat tidak mempengaruhi Kementerian Pertanian atau komiti khas untuk projek berimpak tinggi dalam proses pemilihannya.
Salam. ayoooo.. banyak bijak itu lawyer punyer alasan... bahawa Shahrizat sebagai plaintif tidak pernah memiliki sebarang ekuiti mahupun memegang jawatan sebagai pengarah di NFC, Agro-Science Industry Sdn Bhd atau mana-mana syarikat yang bersekutu.
Apa barang bro, menteri jadi pengarah syarikat. kahkahkah.. bijak buat lawak ye.
budakboy..