Johan berkata, berdakwah tidak semestinya memerlukan dia memakai jubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.
"Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja.
"Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini," tegasnya.
Johan yang juga merupakan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) dalam kategori Artis Baru Terbaik merupakan pelajar Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009.
Tambah Johan, sebagai seorang pelakon juga, dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yang leka dengan gejala-gejala sosial.
"Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri.
"Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan," katanya lagi.
Sementara itu, Johan yang baru sahaja selesai penggambaran filem Juvana membuat keputusan untuk berehat untuk beberapa minggu bagi merehatkan badan yang sentiasa memenuhi tawaran lakonan sejak menjadi perhatian menerusi watak Botak dalam drama Juvana yang dilakonkannya pada tahun lalu.
"Sudah tiba masanya untuk saya berehat. Insya-Allah pada bulan Mac nanti saya akan bercuti ke Tokyo, Jepun.
"Kenapa Tokyo? Saya ingin mengenali dunia luar selain ingin merehatkan minda saya buat seketika," tuturnya.
P/s: Berdakwah yang tidak menepati syariat. Adakah Islam membenarkan lelaki bersentuhan dengan wanita yang bukan mahram. Kalau tidak boleh apatah lagi sehingga berpeluk-pelukan.
lancau laa dakwah! (maaf kasaq sikit)
woi mamat!! kalau kau nak berlakon, berlakon je laa. apahal nak kaitkan dgn dakwah??
kau sesat sensorang sudah laa. jgn laa nak sesatkan org lain. pthuiiii!
Memalukan lepasan tahfiz saja, hilang hafalan tinggal 1 1/2 juzuk konon...silap haribulan buat maksiat hilang semua.
Kembalilah
Engkau ni memang mamat kayu api la...
Engkau bukan berdakwah tapi berdakyah. Patutlah hafalan kamu hanya satu juzuk sebab banyak yang haram dari yang halal. Insaflah wahai puyol.
betoi la tu. lakonan saja, ikut skrip. apa yg kelam kabut sangat.
Siyes aaaarr Johann...dari cakap srupa org bodoh adalah lebih baek anda mendiamkan diri. Dakwah nenek hang.
mungkin dakwah yang diajar oleh orang seberang menjadi begitu rupa. Saya melihat disana sangatlah pelik kerana itu mungkin Allah menurunkan bala