Lihatlah tarikh lahir di mykadnya: 12/4/1996
Saya petik:
[Mstar] KANGAR: Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.
Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di sini.
"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.
Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.
Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.
Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan, kata Noratikah. - BERNAMA

wow ! kalu 1896 dah 115 tahun... biar benar