Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Lelaki Cina ini ugut BAKAR DIRI di rumah MB Pahang. Mengapa? Ini ceritanya

Label:

Saya petik:
[MK] Lelaki yang menunjuk perasaan dengan mogok lapar sejak Isnin lalu bersetuju untuk tidak lagi membakar dirinya buat masa ini tetapi tidak menolak kemungkinan akan melakukan perbuatan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.

Gan Ee Seng, seorang pelabur dalam syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, berkata beliau akan meneruskan niatnya untuk membunuh diri jika kerajaan negeri Pahang terus mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi pada 2007 supaya membayar syarikat berkenaan, RM63 juta.

"Saya mahu rakyat Pahang dan Malaysia tahu bahawa rakyat menolak pemimpin yang cuba untuk menipu orang ramai. Mereka ini, tidak berbeza dari perompak.

"Jika setiap pemimpin kita seperti pemimpin Pahang, adakah pelabur asing akan terus datang?" soalnya kepada pemberita di lokasi bantahannya  di Padang Kota Damansara, Selangor.

NONEMahkamah Rayuan pada 2009, memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada syarikat balak Seruan Gemilang Makmur kerana tersilap dinamakan sebagai responden dalam kes melanggar perjanjian itu.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Zaleha Zahari memutuskan bahawa RM63 juta yang terhutang kepada Seruan Gemilang, masih perlu dibayar.
Gan berkata bahawa rancangannya untuk membunuh diri ditangguhkan kerana kehadiran polis di kawasan itu dan juga hasil pujukan daripada pengarah urusan syarikat itu, Lee Sin.

NONE
Sebelum ini, beliau berkata bahawa dia akan mogok lama selama yang mampu dalam usaha menggesa kerajaan negeri Pahang untuk mematuhi perintah mahkamah supaya membayar syarikat berkenaan RM63 juta.

Namun, semalam, lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas beliau rebah dan paramedik gagal untuk mengesan tekanan darahnya.

Gan juga berikrar bahawa jika beliau membuat bantahan di Kuantan, beliau tidak akan berseorangan.

Comments (0)

This entry was posted on Rabu, Februari 15, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.