Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Berita 'Baik' Dari Ambiga Untuk Kerajaan Umno BN

Label:

Ambiga: Tiada pelan anjur Bersih 4.0
[SH] SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) belum ada sebarang rancangan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4.0, kata Pengerusi Bersamanya, Datuk S. Ambiga.

“Pihak saya tidak terfikir lagi mengenai sebarang agenda untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4.0,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai perancangan rapi atau pelan yang khusus mengenai isu tersebut walaupun telah disarankan oleh banyak pihak bagi menuntut sistem pilihan raya bersih dan adil.

“Saya menyedari yang Bersih 4.0 disokong ramai pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pihak PKR dan badan bukan kerajaan (NGO) lain, tetapi buat masa ini tiada lagi rancangan mengenainya,” katanya lagi.

Namun demikian, beliau mempunyai rancangan segera mengenai isu lain.

Justeru tambah beliau, satu sidang media khas akan diadakan bagi mengumumkan "rancangan segera" itu esok.

Selain Nik Abdul Aziz, pendirian keperluan Bersih 4.0 turut dilahirkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Kelmarin, Mohamad menggesa agar lebih sejuta peserta hadir dalam Himpunan Bersih 4.0, sekiranya masih wujud kepincangan sistem pilihan raya.

Menurutnya, rakyat perlu bangkit bagi memastikan sistem negara ini kembali stabil dan bebas daripada penyelewengan dan rasuah.

Beliau turut mengambil contoh, pelajar yang ramai hadir dalam Himpunan Bersih 3.0, 28 April lalu kerana mahu sistem pinjaman pendidikan dihapuskan.

“Pelajar turun dalam perhimpunan Bersih 3.0, telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan.

“Jika kepincangan ini tidak diperbaiki, perlukah kita turun Bersih 4.0? Jika perlu saya gesa lebih sejuta hadir dalam himpunan tersebut,” katanya.

Comments (0)

Berita 'Baik' Dari Ambiga Untuk Kerajaan Umno BN
Selasa, Mei 15, 2012 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Mei 15, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.