Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Najib rayu laungan ‘Bersih’ di London dihenti

Label:

[KD] KUALA LUMPUR 15 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa merayu kepada rakyat Malaysia di London supaya menghentikan laungan ‘Bersih’ dalam satu pertemuan semalam.

Najib dimalukan sebahagian hadirin yang mula bersorak sebaik naik ke pentas dan berlarutan ketika beliau berucap.

Sorakan itu menyebabkan beliau ‘malu besar’ serta hilang tumpuan dan terpaksa merayu supaya dihentikan.

“Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti,” rayu Najib dalam satu rakaman video yang dimuat di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut seorang warga Malaysia yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

“Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?” tanya individu berkenaan kepada Najib.

Najib bagaimanapun cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

“Anda boleh jumpa saya kemudian ok. Bolehkah anda tolong hentikannya?” kata Najib sekali lagi.

Setelah sorakan itu reda, barulah Najib meneruskan ucapannya.

Program yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kota London.

Difahamkan, program tersebut diuar-uarkan bagi membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan Najib.

Comments (0)

Najib rayu laungan ‘Bersih’ di London dihenti
Selasa, Mei 15, 2012 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Mei 15, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.