Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

15,000 anggota SAMM akan halang pendatang asing mengundi

KUALA LUMPUR 3 MEI: Sebanyak 15,000 anggota Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di seluruh negara akan memantau secara teliti pergerakan pendatang asing di semua pusat pengundian, kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Katanya, SAMM akan bertindak sekiranya melihat kelibat pendatang menghampiri pusat pembuangan undi dan cuba mengacau proses demokrasi di negara ini.

“Kami beri amaran kepada pendatang asing yang cuba untuk mengundi. Sila jauhkan diri dari pilihan raya umum Malaysia,” kata Edy kepada Keadilan Daily.

Kata Edy, puluhan ribu risalah amaran supaya tidak mencampuri politik Malaysia telah diedar dalam empat bahasa iaitu Indonesia, Myanmar, Urdu dan Bangladesh sejak tiga bulan lalu.

“Kami turut memohon Kedutaan negara yang tahu ada rakyatnya diberikan kad pengenalan, supaya menasihati warga mereka untuk tidak mendekati mana-mana pusat pengundian.

“Jika tidak, tangkapan awam (mengikut Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah) dibuat dan tindakan keras akan diambil,” kata Edy sambil meminta aktivis SAMM di seluruh negara bersedia untuk mengambil tindakan tegas kepada pendatang asing yang engkar.

Katanya, SAMM mempunyai beberapa set soalan yang akan ditanyakan kepada pendatang asing untuk pengesahan. Sekiranya gagal menjawab mereka akan ditahan. Beliau menasihatkan semua petugas SAMM berpakaian hitam sebagai pakaian rasmi. -keadilandaily

Comments (2)

Syabas, inilah harapan saya. Skrg bukan masa wat pendedahan shj tanpa diikuti dgn langkah melawannya.

Harap SAMM akan berkerjasama dengan Unit Amal Pas Dalam menangani isu ini,,,Kalau boleh adakan beberapa anank anak muda kita yang boleh berbahasa asing sepeti warga asing tersebut ..bahasa bangladesh, bahasa myanmar atau bahasa tagalog..ATAUPUN SAMM boleh cetak gambar amaran jangan mengundi dalam bahasa Warga Asing yang kemungkinan menjadi hantu..Amaran ini boleh bi flashkan jika terdapat keraguan pada bakal pengundi hantu.. Hantar AMARAN DLM BAHASA WARGA ASING SIAP BERGAMBAR INI KE SEMUA PUSAT MENGUNDI

15,000 anggota SAMM akan halang pendatang asing mengundi
Jumaat, Mei 03, 2013 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Jumaat, Mei 03, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 3 Mei 2013 2:40 PTG , pengundi bbbangi berkata...

Syabas, inilah harapan saya. Skrg bukan masa wat pendedahan shj tanpa diikuti dgn langkah melawannya.

On 3 Mei 2013 3:51 PTG , Tanpa Nama berkata...