Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim sekali lagi menukar
kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.
Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.
"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI (Anwar)," katanya.
Beliau juga menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta.
Azlan pada 8 Mac lalu mengejutkan banyak pihak apabila memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa anaknya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab, termasuk seorang pegawai perdana menteri dalam kes Liwat II.
'Petunjuk dari solat Istikharah'
Dalam kenyataannya sebelum ini, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau sendiri dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan peguam Zamri Idrus.
Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.
Dalam sidang media hari ini, Azlan dilapor menjelaskan, tindakannya sebelum ini dibuat akibat terpengaruh dengan beberapa pihak dan tidak timbul soal ganjaran.
"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.
Beliau juga menegaskan, tindakannya mengadakan sidang akhbar pada hari ini atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh, dipengaruhi mahupun dipujuk oleh sesiapa.
Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai. -malaysiakini
P/s: Mungkin Azlan telah diancam ataupun mungkin telah dibayar... Maka menyalaklah kembali macai-macai umno.....

Senangnya menukar pengakuan. Nampak macam sama aja kedua beranak ni,aku rasa macam ada sesuatu di sebaliknya.
mungkinkah wang diatas segala2nya?