(Foto: themalaysianinsider)
Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati di Setapak dibakar kira-kira jam 12 tengah malam tadi dipercayai oleh beberapa lelaki.
Ia tiada kaitan dengan Gereja Roman Katolik yang mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan 'Allah' pada tahun 2007.
Bagaimanapun, pihak polis belum mengenalpasti mereka yang melakukan perbuatan itu dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
Beberapa saksi mendakwa mereka melihat atau empat orang menaiki dua motosikal dan berhenti di hadapan gereja.
"Kemudian mereka memecahkan cermin tingkat bawah bangunan gereja sebelum membaling cecair yang dikatakan mengakibatkan kebakaran di gereja itu," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan gereja.
Gereja itu terletak di bangunan kedai tiga tingkat dengan ruang pejabat di bahagian bawah.
Pengurusan gereja sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Berita Berkaitan: KL CHURCH TORCHED Klik di sini.

Comments (0)
Catat Ulasan