Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

BUKU DALAM TAHANAN LARIS DI SINGAPURA

Label:

(Foto: merdekareview)

[MERDEKAREVIEW] Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang kini masih dalam "tahanan" Kementerian Dalam Negeri, muncul sebagai buku laris di Singapura, menyebabkan pengedarnya terpaksa menempah seribu naskah tambahan dari luar negara.

Selain dakwaan bahawa puluhan bilion ringgit Malaysia "terjatuh" ke dalam lubang hitam semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini menyarat beberapa cerita yang tidak diketahui umum, termasuklah bagaimana bekas Perdana Menteri ini pernah dipujuk oleh Allahyarham Putera Negeri Sembilan untuk minum arak dan menari.

Setelah menghubungi kedai buku berangkai di Singapura pada hari ini, MerdekaReview mendapati bahawa buku ini telah habis stoknya di kedai-kedai buku berangkai yang utama, melainkan Kinokuniya yang terletak di Takashimaya.

Kedai buku Prologue yang terletak di pusat beli belah ION, Orchard Road memberitahu wartawan MerdekaReview melalui telefon, bahawa buku berjudul Malaysian Maverick yang dibeli oleh kedainya telah habis dijual dalam tempoh dua minggu. Mereka telah membuat tempahan kedua, yang belum sampai stoknya. Mereka mempercayai bahawa penerbit buku kini sedang menambah cetakannya.

Kedai buku berangkai seperti MPH, Borders pula telah habis stoknya. Satu-satunya kedai buku berangkai di Singapura yang masih ada stok sekarang adalah Kinokuniya. Bagaimanapun, kedai ini enggan memaklumkan jumlah jualan Malaysian Maverick atas alasan "maklumat sulit komersial". Baca ulasan buku tersebut di sini.

Comments (0)

BUKU DALAM TAHANAN LARIS DI SINGAPURA
Rabu, Januari 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Januari 06, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.