[MK] Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela, Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.
"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.
"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.
Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.
Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.
Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.
Comments (0)
Catat Ulasan