Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Tiga Wanita Islam Dipaksa Makan Babi!!

Label:

Saya tidak pasti sama ada kes ini wujud di Malaysia atau tidak. Mungkin ada tetapi tidak dibuat laporan atau aduan oleh mangsa. Mungkin takut atau mangsa tidak mengetahui apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Bagi majikan bukan Muslim, mereka sepatutnya sensatif dengan isu ini supaya keharmonian agama dan kaum di Malaysia terpelihara.

[HM] TAIPEI: Tiga warga Indonesia beragama Islam didakwa ketakutan selepas pemilik kilang memaksa mereka makan daging babi sejak tujuh bulan lalu.

Jika enggan makan, mereka diancam akan dihukum. Pendakwaraya mendakwa pemilik kilang pakaian, Shin Hua Hang Fashion Co Ltd, Chang Wen-lin 26 April lalu kerana memaksa tiga wanita itu makan daging babi antara September 2008 hingga April 2009.

Chang percaya daging babi itu akan memberi tenaga lebih kepada ketiga-tiga wanita dan mengancam memotong gaji mereka jika enggan menurut arahannya. Jurucakap Pertubuhan Buruh Antarabangsa Taiwan, Susan Chen berkata, mereka menjaga ketiga-tiga mangsa selama empat bulan sejak April 2009 selepas mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa Taipei. “Mereka ketakutan ketika tiba di pusat perlindungan kami, termasuk bimbang dihantar pulang.

“Mereka juga kelihatan takut ketika pertama kali bertemu bekas majikan selepas dibawa keluar daripada kilang beberapa bulan kemudian,” katanya.

Wanita itu dikenal pasti sebagai Tarsinah, Suswati dan Wasilah. Mereka kini bekerja di tempat lain di Taiwan dan tidak mahu mengulas kes itu kerana bimbang tindakan itu menimbulkan masalah di tempat kerja baru.

Chen berkata, Chang pada mulanya menggaji mereka sebagai pembantu rumah tapi kemudian diarah bekerja di kilang dari jam 7 pagi hingga 11 malam. Mereka hanya dibayar gaji purata NT$1,370 (RM138) sebulan, jauh lebih rendah daripada gaji minimumum ditetapkan, NT$17,000 (RM1,715). Kira-kira 350,000 buruh asing, majoriti dari Indonesia, Filipina dan Vietnam kini bekerja di Taiwan. - AP

Comments (0)

Tiga Wanita Islam Dipaksa Makan Babi!!
Selasa, Mei 11, 2010 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Selasa, Mei 11, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.