Label: politik
[BERNAMA] KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pihak pendakwaan menyerahkan keterangan yang dibuat kepada polis oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata tidak ada percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada Peguam Negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.
Semalam, peguam utama Anwar, Karpal Singh, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.
Karpal Singh berkata Mohd Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.
Mohd Saiful, 25, mendakwa Anwar, 63, meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
salam tok...
mmg dah dibuat-buat...
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
TOK KIYAI gua nak tanya sikit kat lu apa beza " Saya makan nasi " dengan "Saya telan nasi" sama tak?