[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Mei — Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mendedahkan dia sebenarnya ada mendampingi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008.
Saiful membuat laporan dia diliwat Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim 28 Jun 2008.
Bekas pembantu khas Anwar itu yang mendakwa diliwat oleh beberapa kali hari ini memberitahu mahkamah, dia ada bercakap dengan Musa pada 25 Jun 2008, pada hari dia bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya dan juga seorang pegawai polis Rodhwan Yusof di Hotel Mulia.
Saiful berkata dia ada bercakap dengan Ketua Polis Negara kurang daripada seminit dengan menegaskan ia satu-satunya hubungan kedua-dua mereka.
“Ketua Polis Negara minta saya tidak menghubunginya, beliau marah (dalam telefon) kerana beliau menganggap saya membuat panggilan palsu,” kata Saiful.
Apabila peguam kanan pasukan Anwar bertanya dia menghubungi Ketua Polis Negara, Saiful berkata, “saya mahu memberitahu Ketua Polis Negara masalah saya.”
Saiful kelihatan lain berbanding kelmarin di mana dia muncul yakin apabila ditanya bagaimana dia memperoleh nombor telefon.
Saiful berkata, ketika dia berada di rumah Najib dia terdengar perbualan antara Najib, ketika itu timbalan perdana menteri dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Lelaki itu, menurut Saiful, memberikan nombor Ketua Polis Negara kepada Najib.
“Saya terdengar nombor itu, saya mencatitkannya,” katanya.
Ketika disoal balas hari ini, Saiful juga mengakui bahawa dia ada bertemu dengan Ezam, yang dua minggu lalu mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara selepas menyertai Umno pertengahan 2008.
Menurut Saiful, dia mengadakan pertemuan dengan Ezam lewat malam 27 Jun sehingga awal pagi 28 Jun 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Pertemuan ini berlangsung beberapa jam sebelum Saiful menjalani pemeriksaan perubatan dan kemudian membuat laporan polis.
Sekarang kita semua sedang dihidangkan dengan drama yang dicipta oleh syaitan laknatullah.Ingat.Cerita ini hanya boleh dibaca tetapi jauhi daripada mempercayainya kerana ia akan menjerumuskan kita kepada golongan FASIQ atau MUNAFIK.
Pesanan tersebut telah dikeluarkan oleh KETUA ULAMA SEDUNIA AL-SHEIKH YUSUFF QARDHAWI....
Apakah kita percayakan ulama atau bisikan syaitan? TEPUK DADA TANYA IMAN.