Kalau dah berani mencuri duit tabung surau, jadi tak hairanlah kalau sudah besar merompak bank pulak...na'uzubillah....
[METRO] AMPANG: Tiga sekawan yang masih di bangku sekolah layak digelar ‘setan cilik’ kerana sanggup mencuri wang tabung surau semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka bermain permainan video di kafe siber.
Difahamkan, ketika ditahan, tiga remaja terbabit sedang berlegar-legar di dalam surau berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum perbuatan mereka dilihat seorang jemaah yang kebetulan berada di situ.
Menurut sumber, curiga dengan kelakuan tiga pelajar berkenaan, jemaah itu kemudian menghubungi penjaga surau yang kemudiannya bergegas ke lokasi terbabit.
“Sehari sebelum itu, wang dalam tabung surau berkenaan yang berjumlah hampir RM700 didapati hilang dan kejadian itu bukan kali pertama berlaku.
“Penjaga surau berkenaan cuba mencari dalang yang mencuri wang tabung terbabit namun gagal menemui individu disyaki itu,” katanya.
Menurutnya, ketika tiba di surau itu penjaga surau berkenaan bertanyakan kepada tiga pelajar terbabit sama ada mereka mengetahui kes kehilangan wang yang sering berlaku di rumah ibadat itu.
“Semua pelajar berkenaan yang ketakutan kemudian menceritakan yang kehilangan wang itu sebenarnya berpunca daripada mereka.
“Mereka mengaku mencuri wang tabung itu menggunakan lidi dan gula-gula getah sebelum ‘memancing’ wang dalam bekas berkenaan,” katanya.
Comments (0)
Catat Ulasan