[METRO] MELAKA: Hanya dengan bayaran serendah RM50 hingga RM60, tubuh mereka boleh diratah sepuasnya oleh lelaki berhidung belang.
Difahamkan, sindiket terbabit baru saja menjalankan kegiatan haram mereka kira-kira dua bulan lalu dengan didalangi tiga individu iaitu seorang wanita dipercayai ibu ayam bersama dua pembantunya iaitu seorang wanita dan seorang lelaki yang juga anggota tentera.
Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit menemui noktahnya petang kelmarin apabila polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri diketuai Asisten Superintendan Noor Zarini Ariffin membuat serbuan di dua hotel bajet berasingan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pihaknya menahan tiga anggota sindiket dan empat pelanggan berusia 20-an di samping tiga pelacur remaja berusia belasan tahun.
“Kami menerima maklumat awal dan laporan seorang mangsa mendakwa dia dilacurkan dan dipaksa melayan pelanggan di hotel sekitar daerah Melaka Tengah. Berikutan itu, kami melancarkan operasi khas bagi mengesan sindiket terbabit.
“Kami percaya dengan tertangkapnya tiga individu terbabit, sindiket pelacuran yang mengeksploitasi remaja belasan tahun yang masih bersekolah dalam aktiviti pelacuran ini sejak Mei lalu dapat ditumpaskan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (b) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara sehingga 15 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan,” katanya.
Comments (0)
Catat Ulasan