Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

"Aktiviti" Janda dengan Suami Orang Akhirnya Berjaya Dihidu Penguatkuasa

Label:

Inilah jadinya kalau nafsu sudah menjadi serakah. Halal dan haram tidak lagi menjadi pertimbangan.....Apa yang penting bagi mereka adalah KEPUASAN!!

[SH] KULIM - Seorang lelaki berstatus suami orang sanggup bersembunyi di bawah katil yang sempit semata-mata mengelakkan dirinya dicekup pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kerana berkhalwat dengan kekasihnya, seorang ibu tunggal.

Bagaimanapun helahnya tidak menjadi apabila pegawai penguatkuasa agama menemui lelaki berusia 38 tahun itu dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju di bawah katil berkenaan.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim berkata, mereka menerima maklumat daripada orang awam jam 8 pagi dan tujuh pegawai penguat kuasa agama sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 8.30 pagi

Katanya, ibu tunggal beranak tiga berusia 36 tahun tidak mempunyai pekerjaan mengambil kesempatan membawa teman lelakinya yang sudah beristeri dan mempunyai tiga anak itu bermalam di rumahnya di taman perumahan, dekat sini.

Pasangan itu dikatakan berkenalan setahun lalu ketika berjumpa di tapak pesta dan menjalinkan hubungan sejak kebelakangan ini.

"Menurut aduan orang awam, lelaki itu sering masuk ke rumah teman wanitanya itu dan ada kalanya bermalam di situ. Setelah kawasan rumah di kepung, pegawai penguat kuasa memperkenalkan diri untuk memeriksa.

"Namun kami terpaksa tunggu kira-kira tiga minit sebelum pintu dibuka kerana wanita berkenaan memberi alasan dia tidak dapat mencari kunci rumah,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit memaklumkan kepada PADK bahawa dia tinggal berseorangan kerana tiga anaknya bersekolah.

Katanya, setelah mendengar penjelasan diberikan, PADK membuat pemeriksaan rambang di rumahnya sebelum menemui seorang lelaki dalam bilik dalam keadaan berseluar pendek dan tidak berbaju.

"Kami memeriksa seluruh bilik, termasuk almari dan bawah katil. Setelah siasatan dibuat, PADK mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan sah.

Mereka dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang.

"PADK mengarahkan waris mereka datang membuat pembayaran jaminan," katanya.

Comments (0)

|
This entry was posted on Rabu, Julai 07, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.