Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Wang Tunai RM300 Ribu Di Rumah Exco Pahang?

Label:

Bagaimana, mengapa dan untuk apa? Itu persoalan Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan berhubung penemuan RM300,000 di rumah Exco Pahang yang ditemui sekumpulan perompak 5 Julai lalu.

Azan Ismail mempersoalkan bagaimana seorang exco BN mampu mengumpulkan wang sebegitu banyak, untuk apa wang itu akan digunakan dan mengapa ia tidak disimpan dalam peti simpanan bank.

Akhbar The Star 6 Julai lalu melaporkan tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah yang memecah masuk rumah Datuk Wan Adnan Wan Mamat di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

“Saya hendak rujuk pada satu laporan akhbar The Star pada 6 Julai 2010 di mana melaporkan tindakan pantas pihak polis berjaya menembak suspek atau pun yang diklasifikasikan sebagai perompak di dalam satu kejadian pecah rumah di Kuantan yang melibatkan salah seorang Exco kerajaan negeri di dalam bidang sukan dan belia.

“Tetapi dalam berita ini menyiarkan bahawa perompak telah melarikan RM300 ribu wang tunai daripada kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana Exco seorang kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan,” katanya.

Beliau berkata adalah menjadi perkara luar jangkaan apabila seorang Exco berani menyimpan wang yang begitu banyak di kediamannya memandangkan ia boleh menimbulkan pelbagai sangkaan.

"Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan ataupun orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk Exco.

"Kita minta pihak berkuasa menyiasat adakah kebenaran laporan akhbar ini bagaimana seorang Exco kerajaan negeri boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah,” katanya.

-TVSelangor

Comment (1)

Betul ke perompak yang masuk rumah exco keraajaan nergeri. Atau orang yang exco benar2 kenal sebelum ditembak mati, ke ada sebab2 lain yang exco wan adnan perlu disoal siasat. Cepat benar polis datang dan terus dapat tembak penjenayah 4 orang tu. Lepas itu polis jumpa wang tunai RM300 ribu dalam rumah exco yang sepatutnya simpan duit tu dalam bank. Orang tak sekolah pun boleh buat andian yang case wan adnan ada sebab lain. Tak percaya tanya polis ok.

Wang Tunai RM300 Ribu Di Rumah Exco Pahang?
Jumaat, Julai 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Julai 09, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 9 Julai 2010 pada 1:58 PTG , Tanpa Nama berkata...