Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Adakah si mamat ini akan dihalau dari Sidang DUN hari ini?

Label:

Saya petik:

[MK] Persidangan khas DUN Selangor hari ini bukan sahaja menarik perhatian ramai untuk melihat sama ada pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri itu diluluskan, tetapi juga kedudukan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

Bagi pengamal undang-undang Datuk Mohd Hafarizam Harun katanya walaupun Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mempunyai kuasa mengosongkan kerusi itu, ia hanya boleh disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sama ada kerusi itu kosong atau tidak, ia akan hanya ditentukan oleh SPR. Jadi tindakan menghalang Badrul Hisham menghadiri sidang DUN adalah tidak wajar.

Ini dilihat seperti mahu mengurangkan jumlah yang hadir pada sidang itu yang akan melakukan pindaan pada perlembagan negeri. Notis itu (melarang hadir) jelas Speaker ada agenda tersembunyi," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur semalam.

Mohd Hafarizam berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teng pada Jumaat lepas bahawa Badrul Hisham tidak lagi layak menghadiri persidangan DUN hari ini kerana beliau bukan lagi seorang ADUN.

Rabu lepas, Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Jan lalu berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham, ADUN Bebas menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Teng menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang kepada SPR pada Jumaat lepas.

Mohd Hafarizam berkata isu kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu sepatutnya dibahaskan dalam dewan, dengan Badrul Hisham dibenarkan hadir untuk memberi penjelasan.

“Apa yang diputuskan Speaker itu sebenarnya tidak muktamad. Memang Speaker mempunyai kuasa penuh dalam dewan, tetapi mengenai pilihan raya atau kekosongan kerusi, ia menjadi kuasa SPR,” katanya. --Bernama

Comments (0)

Adakah si mamat ini akan dihalau dari Sidang DUN hari ini?
Isnin, Januari 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Januari 24, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.