Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Pengaliran Wang Haram RM888 Bilion ke luar negara oleh lanun darat. Umno-BN perlu beri penjelasan

Label:

Saya petik:

[TVS] PULAU PINANG 23 JAN : DAP mendesak Kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan skandal berhubung aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS 291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008 yang dilaporkan badan pengawas kewangan Global Financial Integrity (GFI) minggu ini.

Hal itu penting kerana jumlah begitu besar ini memberi impak besar kepada negara dan satu Suruhanjaya Diraja patut ditubuhkan bagi menangani hal ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut meluahkan perasaan bangga dengan kejayaan Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia berjaya menumpaskan lanun di Teluk Aden tetapi kesal kerana 'lanun darat' di negara sendiri berleluasa mengaut kekayaan negara.

"Di ketika Tentera Laut kita menjadi wira kerana berjaya menangkap lanun Somalia di perairan antarabangsa, DAP kesal kerana 'lanun darat' dibiarkan berleluasa di Malaysia.

"Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab dan berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia menokok tiga kali ganda pada 2008 RM208 bilion (AS$68.2 bilion) dari jumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) pada tahun 2000.

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

Menurut GFI Malaysia berada di tangga ke 5 di bawah China, Rusia, Mexico dan Arab Saudi di kalangan 125 negara membangun dalam pengaliran keluar wang haram dalam kajian yang dibuat bagi tempoh lapan tahun dari 2000 hingga 2008 ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas perkara ini.

Lim menganggap perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal sehingga menyebabkan hilangnya dana dari pelabur asing ke negara ini.

Malah Lim menambah, jika jumlah RM 888 Billion diberikan kepada 27 juta rakyat Malaysia, setiap orang akan mendapat RM 33 ribu.

"Keengganan BN menjelaskan dengan terang bukan sahaja akan menyebabkan negara bakal kehilangan lebih banyak dalam masa akan datang tetapi mungkin bankrup pada 2019 seperti yang pernah diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala sebelum ini" kata beliau.

Idris dalam kenyataannya ketika memotong subsidi dua tahun lalu menyatakan penjimatan sebanyak RM 888 Billion perlu dilakukan bagi mengelak Malaysia bankrap sebelum tahun 2020.

Lim bagaimanapun kurang yakin dengan ketelusan kerajaan UMNO BN yang terkenal dengan sikap menyembunyikan kesalahan mereka sebelum ini.

"BN sebelum ini 'keberatan' hendak menubuhkan Suruhanjaya DiRaja kepada skandal lain seperti skandal kehilangan RM 52 juta syer bumiputera dan membuatkan rakyat tiada pilihan selain menukar kerajaan dan menghukum pesalah yang bertanggungjawab," tegas beliau lagi.

Comments (0)

This entry was posted on Isnin, Januari 24, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.