Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[TERKINI] Badrul hadir DUN tetapi duduk di bilik media

Label:

Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 24 JAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengejutkan hadirin di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor apabila hadir pada sidang DUN hari ini.

Walau bagaimanapun, Badrul didapati hanya duduk di bilik media dan tidak memasuki dewan seperti yang didakwa beliau.

Beliau dijangkakan tidak menghadiri DUN awal bagi meminda perlembagaan negeri memandangkan kerusi DUN Pelabuhan Klang telahpun diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim minggu lalu dan surat kekosongan kerusi juga telahpun dihantar kepada Suruhanjaya Pilihanraya.

Teng telah mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong selepas mendapati alasan Badrul tidak menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan satu penipuan, dan seterusnya mengisytiharkan kerusi tersebut kosong pada 20 Januari, 2011.

Badrul memberitahu media bahawa kerajaan negeri tidak menghalang beliau daripada menghadiri persidangan hari ini kerana tiada surat dihantar kepada beliau menyatakan beliau tidak boleh hadir untuk mesyuarat hari ini.

Comments (0)

[TERKINI] Badrul hadir DUN tetapi duduk di bilik media
Isnin, Januari 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Januari 24, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.