Cadangan debat yang menarik!! Rasanya blogger/pencacai umno tentunya "excited" menunggu debat ini. Apa tidaknya, Najib tentunya akan mendedahkan segala "skandal" Anwar. Saya cadangkan debat ini diadakan secara berpasangan. Anwar beregu dengan Azmin Ali manakala PM Najib beregu dengan Jamaluddin Jarjis. Ada berani?
Saya petik:
[MStar] LABIS: Selepas gagal mencabar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berdebat isu ‘100 Hari Pakatan Rakyat’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mengemukakan cadangan mahu berdebat mengenai isu perbadi dengan Perdana Menteri.
“Ketika kita lancarkan buku Jingga, dia kata ini tidak bertanggungjawab. Jadi saya ajak dia berdebat. Saya cabar dia debat isu ekonomi tapi dia jawab soal peribadi. Dia nak cabar saya, saya tidak ada masalah.
“Saya tak mahu debat soal peribadi tapi kalau dia minta juga debat soal peribadi, ok saya terima,” katanya ketika berucap pada ceramah di Taman Gunung Emas di sini pada malam Sabtu.
Awal bulan ini, Anwar mengajar Perdana Menteri mengadakan debat terbuka berhubung "Pelan 100 hari" pakatan pembangkang jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.
Sebelum ini, Najib dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.
Malah Selasa lalu Najib sekali lagi menegaskan, Anwar tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat.
Perdana Menteri berkata, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.
Mengulas lanjut mengenai cadangan debat isu peribadinya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak masalah sekiranya debat isu peribadi itu akan mengaibkannya.
“Ok Najib kita debat soal peribadi. Awak nak aibkan saya boleh aibkan dah banyak kali (kena aib). Tapi saya nak ingatkan kalau serang peribadi dan saya dizalimi saya berhak pertahankannya.
“Jadi saya nak bagi ingatan kepada Najib kalau sekali lagi ulang soal peribadi. Saya cabar kamu debat soal peribadi dengan saya,” katanya.
Bagaimanapun, Anwar berkata sebagai pemimpin politik yang bertanggungjawab beliau tidak mahu meneruskan debat isu peribadi kerana soal ekonomi adalah perkara utama demi memastikan kesejahteraan rakyat.
“Tapi sebagai orang bertanggungjawab dalam soal politik saya nak katakan jangan (debat soal peribadi) lebih baik tumpu soal ekonomi itu perkara utama,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak faham bahawa setiap wanita Islam tidak boleh bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya.
“Mereka ini menakut-nakutkan kaum lain kerana mereka takut kita bersatu padu. Mereka tidak tahu setiap wanita Islam tidak boleh bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya tidak kira sama ada mereka orang Islam atau tidak.
“Perkara ini saya telah perjelaskan dengan pengundi saya di Kota Raja bahahwa saya tidak ada masalah untuk bersalaman dan berkucupan pipi dengan orang Cina dan India walaupun mereka bukan beragama Islam.
“Tetapi saya minta maaf kalau orang Islam sekali pun kalau bukan mahram saya tidak boleh bersentuh jari pun dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan calon PAS, Normala Samsudin yang menolak permintaan pengundi Cina yang mahu bersalaman dengannya.
Perkara tersebut didakwa menjadi isu dikalangan pengundi Cina di Tenang kerana mereka mendakwa calon PAS itu tidak mesra dengan penduduk di kawasan tersebut.
Mengulas lanjut, Siti Mariah yang yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor yakin masyarakat Cina pada hari ini sudah bijak menilai dan faham dengan budaya orang Islam.
“Kita telah berjanji untuk menghormati perbezaan yang ada. Ini kerana kita bersatu dalam perbezaan yang wujud namun kita bersama dalam memperjuangkan keadilan sosial rakyat.
“Kami tidak masalah dan kami jijik untuk bersentuhan kulit dengan kaum Cina dan India sebaliknya semuanya adalah kerana ia tidak dibenarkan oleh agama,” katanya.
Comments (0)
Catat Ulasan