[MStar] KUALA LUMPUR: Polis memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menghina Sultan Selangor di dalam blognya, sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kes tersebut masih dalam siasatan.
"Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Attorney-General's chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor 'beraja di mata, bersultan di hati' dalam blognya pada 30 Dis lepas.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan pada 4 Jan lepas, berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. -BERNAMA
Comments (0)
Catat Ulasan