Saya petik:
[KS] BUKIT MERTAJAM – Seorang penduduk Kampung Tok Musa, Machang Bubuk di sini tidak menyangka kehadirannya di sebuah kebun durian yang dipajak daripada seorang penduduk kampung itu malam kelmarin menjadi penyebab kematian seorang lelaki Nepal.
Arshad Abu Seman (gambar), 30, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakannya pergi ke kebun tersebut pada pukul 10.30 malam untuk menjenguk buah durian.
Sebaik tiba di kebun, menurutnya, dia ternampak kelibat seseorang yang berlari dari kawasan kebunnya ke arah ladang kelapa sawit yang terletak di kawasan berhampiran.
“Ketika itu saya buat tidak tahu kerana tidak mengesyaki apa-apa dan tidak menyangka individu berkenaan cuba mencuri buah durian di kebun saya.
“Namun beberapa minit kemudian, rakan saya memberitahu dia ternampak seseorang sedang memanjat pokok kelapa yang terletak berhampiran kebun saya tanpa diketahui apa tujuannya,” kata Arshad ketika ditemui semalam.
Comments (0)
Catat Ulasan