Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Isteri mesti layan suami seperti 'pelacur kelas pertama' - Kelab Isteri Taat

Label:

Saya petik:

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed (gambar).

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

P/s: Saya rasa istilah pelacur itu tidak sesuai digunakan sebagai perbandingan kerana seolah-olah menunjukkan rendahnya martabat seorang isteri. Benar isteri sepatutnya pandai melayan suami. Ini dapat menghalang suami dari terjebak kepada zina. Isteri adalah bidadari dan permaisuri suaminya. Isteri perlu mempelajari teknik-teknik tertentu bagi meningkatkan kepuasan hubungan suami isteri. Bagi saya Kelab Isteri Taat sepatutnya ditukar kepada Kelab Isteri Solehah sesuai dengan tuntutan agama....

Comments (2)

Nama kalab sudah tersangat sesuai , kita kena ingat pertubuhan ini bukan setakat orang malaysia sahaja ianya akan diperkembangkan keseluruh pelusuk dunia termasuk dunia kafir sebagai mendakwahkan betapa bersih dan eloknya Agama Islam cuma perkataan PELACUR itu saja patut di namakan dengan sebutan yang sesuai

layanan pelacur kelas pertama tu macamana ya.....ini yang kena pi layan porni nih...nak belajar camna pelacur buat kerja...tak gitu doc?

|
This entry was posted on Ahad, Jun 05, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 komen:

On 5 Jun 2011 pada 4:53 PTG , Tanpa Nama berkata...

Nama kalab sudah tersangat sesuai , kita kena ingat pertubuhan ini bukan setakat orang malaysia sahaja ianya akan diperkembangkan keseluruh pelusuk dunia termasuk dunia kafir sebagai mendakwahkan betapa bersih dan eloknya Agama Islam cuma perkataan PELACUR itu saja patut di namakan dengan sebutan yang sesuai

On 5 Jun 2011 pada 8:42 PTG , Tanpa Nama berkata...